Atlanta 1996 Paralympic Games

Sukan Paralimpik Musim Panas 1996 (Bahasa Inggeris: 1996 Summer Paralympics) atau secara rasminya Sukan Paralimpik Musim Panas ke-10 (Bahasa Inggeris: 10th Summer Paralympics Games) merupakan satu acara pelbagai sukan antarabangsa bagi atlet kurang upaya yang telah diadakan di Atlanta, Amerika Syarikat dari 16 hingga 25 Ogos 1996.[1]Temasya ini merupakan kali kedua Amerika Syarikat menganjurkan Sukan Paralimpik, selepas Sukan Paralimpik Musim Panas 1984 yang dianjurkan di Bandar Raya New York. Temasya ini turut merupakan Sukan Paralimpik pertama yang mendapat penajaan dari seluruh dunia. Sukan Paralimpik 1996 juga menjadi edisi Sukan Paralimpik pertama yang disiarkan di Amerika Syarikat.[1] Selain itu, atlet berkecacatan intelektual turut diberikan pingat buat pertama kali di Sukan Paralimpik.[2]Amerika Syarikat menjadi johan keseluruhan dengan 157 pingat dan 46 pingat emas, diikuti dengan Australia dan Jerman yang memperoleh pingat perak yang terbanyak (58 buah) dalam temasya tersebut.[3]

Atlanta 1996 Paralympic Games

Upacara pembukaan 16 Ogos 1996
Penyertaan negara 104
Penyertaan atlet 3,259 (2,469 lelaki, 790 perempuan)
Stadium utama Stadium Olimpik Centennial
Obor paralimpik Mark Wellman
Acara 508 dalam 20 sukan
Pembukaan dirasmikan oleh Naib Presiden Al Gore
Bandar tuan rumah Atlanta, Amerika Syarikat
Cogan kata The Triumph of the Human Spirit
(Bahasa Melayu: Kemenangan Semangat Manusia)
Upacara penutupan 25 Ogos 1996